Orang kata, anak-anak muda ni pemimpin masa hadapan, tp sejauh mana kecemerlangan anak-anak muda sekarang kepada Agama tercinta. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh mereka dalam menaikkan nama keluarga, masyarakat bahkan bangsa dan negara dalam ilmu dunia, tp kejayaan mereka di Akhirat? dalam masa yang sama kejayaan yang mereka bina sekarang ni harus kita sanjung kerana kejayaan ini lah menjadi pemangkin untuk kejayaan seterusnya walaupun kejayaan duniawi. Penyertaan anak-anak muda dalam bidang dunia amat memuaskan. Apa tidaknya, setiap mereka berjaya ke menara gading. Alhamdulillah. Tapi kenapa ramai yang tidak bersama iman dimasjid untuk lebih keberkatan?
Bila kita pergi ke surau-surau dan masjid-masjid, berapa ramaikah pemuda yang selalu ke tempat yang penuh keberkatan ini?sebahagian besar masjid menunjukkan nisbah orang muda dan orang tua ialah 4:1. Mana pergi mereka semua ini?Kenapa ini harus terjadi? Tidak ramai pemuda sanggup meluangkan masa ke rumah Allah ni. Ini menjadi kemuskilan kepada masyarakat tempatan. Ini juga menunjukkan kematangan anak-anak muda kearah kecemerlangan akhirat adalah rendah. Hal ini mungkin disebabkan pendekatan yang digunakan oleh iman-iman masjid dah juga ahli jawatankuasa masjid dalam mengajak pemimpin-pemimpin muda ini kearah agama tidak menjadi. Pemuda tidak terpengaruh langsung dengan ceramah yang diberikan malahan lebih menyakitkan hati apabila mereka ini sanggup mengutuk dan mempermainkan ceramah yang diberikan. Rugi kerana peluang untuk belajar adalah dalam usia muda ini.
Ibu bapa menjadi pendorong setiap anak-nak muda ini, jika ibu bapa tidak menanamkan sifat terpuji kepada anak mereka, siapa lagi? Ibu bapalah pendorong utama kecemerlangan mereka ini. Sebenarnya akar kehidupan budaya Islam teguh. Islam bukan berpegang kepada prinsip-prinsip luar seperti keuntungan komersial, kekuatan politik, finatik bangsa, kemegahan dan kekuasaan pada nama dan pangkat, tetapi asasnya kepada Allah SWT. Ramai yang mengharapkan syurga tetapi amalannya lemah. Mereka ini tidak nampak asas sebenarnya dan sepatutnya berbaliklah kepada yang Esa.
No comments:
Post a Comment