Monday, 18 July 2011

Rukun Negara

Mengapa kita semua perlu menolak kepimpinana Najib? Kepimpinana Najib/UMNO telah pun menolak sepenuhnya Rukun Negara itu sendiri. Tak perlulah nak menerangkan rukun Islam dan rukun Iman, anda semua dah tahu yang Najib itu seorang Muslim dan saya percaya Dato Najib serta Isteri tercintanya adalah Islam. dan mereka wajib percaya kepada kedua-dua rukun ini. Insyaallah mereka tidak akan terpesong dan ini terpulang kepada pembaca mengenalpasti sendiri. Kepimpinan Najib sudah lari dari rukun Negara, sebab saya berkata begitu kerana;

1. Kepercayaan kepada Tuhan. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Adakah Najib percaya kepada Tuhan? Tepuk dada tanyalah empunya badan. Orang suruh jalankan rukun Islam memang jauh sekali. Kalau tanya ulamak UMNO sendiri wajib ke tidak Hukum Allah ini mesti mereka jawab wajib tp tidak sesuai untuk zaman sekarang. bercakap macam orang tidak berilmu walaupun ilmu ada didada. Siapa tahu dia seorang yang makan suap? Mintak jauh anak cucu.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah  ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Tetapi puak-puak UMNO tidak pernah akur perintah YDPA. Mereka Baru-baru ni pun dah jelas yang mereka ingkar perintah YDPA dalam perhimpunan BERSIH. YDPA sudah memberi kebenaran  untuk mengadakan perhimpunan di stadium. tetapi mengapa Najib berdolak dalih sehingga mengingkari perintah YDPA?

3. Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang  seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini satu lagi penolakan Najib terhadap RUKUN Negara. Dalam perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 10 dimana rakyat Malaysia dijamin mempunyai kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan serta Artikel 119(a) yang menjamin hak rakyat Malaysia atas 21 tahun untuk mengundi. Tapi adakah Najib ikut perlembagaan ini? takut pada bayang-bayang sendiri.

4. kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang  bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Tapi adakah Najib menurut kedaulatan undang-undang dengan menjadikan rakyat sama rata tarafnya? Tanpa driskiminasi? Kes Antaltuya pun belum selesai, kita seorang pemimpin kalau buat jahat pun tidak mengapa. Undang-undang yang direka oleh manusia ni boleh di terima pakai? Tak apa menuduh orang berzina asalkan dapat menutup perilaku jahat sendiri. Tak malu pada diri sendiri, membelanjakan duit rakyat untuk isteri kesayangan sehingga berjuta ringgit. Apakah undang-undang ini hak mak bapak diaorang? untuk kesenangan sendiri tak apa katanya. 

5.  Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini  mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan  personaliti individu  yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Memang sesuai sekali prinsip ini dengan Najib dan pemimpin tersayang ini. Di tolak terajang oleh polis-polis upahan ini, adakah ini boleh dipanggil kesopanan? Sejak kecil lagi mungkin mereka semua ini tidak dipupuk dengan nilai-nilai murni. Kenapa ini harus terjadi kepada pemimpin Malaysia masa kini?adakah bagi mereka dunia ini miliknya dan dia boleh buat apa-apa? Tunggu dan lihat sahajalah kejatuhan kamu wahai pengkianat negara. Rakyat bersumpah akan terus berjuang hingga akhir hayat kejatuhan kamu. INsyaallah...

No comments:

Post a Comment