Tuesday 23 August 2011

Diktator yang Tumbang

Satu persatu diktator runtuh dan musnah. Pemerintahan diktator ini lambat laun akan menunjukkan kesan walaupun perjalanannya agak lambat. Kesannya ialah mereka yang memimpin akan musnah dah hilang ditelan zaman. Mereka ini kan terus hilang dan hilang hingga manusia disitu pun malu untuk berbicara. Ianya cuma menjadi salah satu bab dalam buku text Sejarah sekolah di negara tersebut. 

Belum lagi darah rakyat Mesir tenang akan kejatuhan presidennya, Hosni Mubarak, timbul pula kejatuhan diktator terbesar tanah arab di Libya iaitu Muammar Gaddafi. Kejatuhan ini meruntuhkan keegoannya selama lebih 40 tahun memerintah. Kini, rakyatnya sedang meraikan kejatuhan pemimpin yang kejam dan zalim walaupun mendapat campur tangan dari pihak luar.

Walau apapun kesudahannya, kini rakayat Libya terpaksa mencari arah hidup mereka sendiri. Mereka perlu berusaha membentuk satu kerajaan yang murni. Tapi adakah mereka ini berupaya?pada hakikatnya mereka musnah kerana telah dipegang oleh puak-puak Amerika.

Inilah yang akan terjadi jika pemimpin kejam dan zalim terus berkuasa. Mereka ini akan juga jatuh pada akhirnya, tetapi ianya akan memberi impak yang sangat besar sehinggakan rakyat terpaksa menanggung beban yang sangat perit dan pedih pada penghujungnya.

Kini di Malaysia, UMNO adalah salah satu daripada mereka. UMNO adalah pemerintah yang pertama di Malaysia sejak 1957 lagi sehingga sekarang mereka masih lagi memerintah. Pada hakikatnya UMNO juga akan tumbang pada penghujungnya tetapi entah bila ianya akan berakhir.

Selepas Malaysia merdeka, UMNO telah banyak berjasa pada rakyat di Tanah Melayu satu ketika dulu. Kerajaan telah banyak memberi sumbangan pada rakyat jelatanya sehinggalah terbitnya satu era yang sangat luar biasa di dalam pemerintahan Malaysia. Era pemerintahan ini menunjukkan impak yang besar kepada negara pada zahirnya, tetapi pada hakikatnya sangat buruk dan berkudis busuk.

Ramai yang sanjung kehebatan Beliau, dan ramai juga yang mencela kehebatan Beliau. Walaupun Beliau ini sudah 'pencen', tetapi pada hakikatnya Beliau ini masih lagi memerintah. Luka yang terguris makin dalam dan berbisa. Beliau lah memulakan pemerintahan yang kejam dan khianat ini dan perjuangan taik mereka ini masih lagi berterusan di tanah airku ini.

Rakyat perlu sedar akan kesakitan ini, kejatuhan diktator Tanah Arab harus menjadi iktibar. Mereka yang kejam ini harus disingkarkan secara yang paling baik. Rakyat perlu menolak sekeras-kerasnya pemerintahan sekarang. Mereka ini akan terus mengembangkan sayap sehingga tertutup perilaku yang hodoh ini.

  

       

Monday 15 August 2011

Pengertian & Hukum Beramal Dengan Hadith Dhoief


Ada juga yang membidahkan amal ibadat yang berdalilkan Hadis dha’if…

Pendapat yang macam begini adalah keliru kalau tidak akan dikatakan salah besar.

Hadith yang dha’if bukanlah Hadits yang maudu’ ( hadits dibuat buat ), tetapi hanya Hadits yang lemah sanadnya, dan bukan Hadits yang tidak benar, bukan Hadits bohong, kerana asalnya dari Nabi juga.

Hadits yang dikatakan dha’if atau lemah ini ialah Hadits yang derajatnya kurang sedikit dari Hadits Shahih atau Hadits Hasan.
Hal ini dapat dicontohkan umpamanya kepada sebuah Hadits dari Nabi, kemudian turun kepada Mansur, turun lagi kepada Zeid, turun lagi kepada Khalid dan akhirnya turun kepada Ibnu Majah atau Abu Daud.

Ibnu Majah atau Abu daud membukukan Hadits itu dalam kitabnya.
Kalau orang yang bertiga tersebut, yaitu Mansur, Zeid dan Khalid terdiri dari orang baik-baik, dengan arti baik perangainya, saleh orangnya, tidak pelupa hafalannya, maka haditsnya itu dinamai hadits shahih.

Tetapi kalau ketiganya atau salah seorang dari padanya terkenal dengan akhlaknya yang kurang baik, umpamanya pernah makan di jalanan, pernah buang air kecil berdiri, pernah suka lupa akan hafalannya, maka haditsnya dinamai Hadits dha’if (lemah).

Pada hakikatnya Hadits yang semacam ini adalah dari Nabi juga, tetapi “sanadnya” kurang baik. Bukan Haditsnya yang kurang baik.
Ada lagi yang menyebabkan Hadits itu menjadi dha’if, ialah hilang salah seorang daripada rawinya.

Umpamanya seorang Thabi’in yang tidak berjumpa dengan Nabi mengatakan : Berkata Rasulullah, pada hal ia tidak berjumpa dengan Nabi.
Hadits ini dinamai Hadits Mursal, yaitu Hadist yang dilompatkan ke atas tanpa melalui jalan yang wajar. Hadits ini ialah dha’if juga.
Dan banyak lagi yang menyebabkan dan membikin sesuatu Hadits menjadi dha’if atau lemah.

Tentang memakai Hadits dha’if untuk dijadikan dalil, terdapat perbedaan pendapat di antara Imam-imam mujtahid, yaitu :

1. Dalam madzhab syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti dzikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

2. Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

3. Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

Nah, di sini nampak bahwa Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya.
Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Thursday 11 August 2011

Peristiwa di Bulan Ramadhan

1. Kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur diturunkan
2. Peperangan Badar al-Kubra berlaku.
3. Pembukaan kota Mekah
4. Perjalanan Rasulullah saw dan Muslimin ke Tabuk untuk melawan Rom
5. Penerimaan Islam di Yaman
6. Runtuhnya berhala al-Uzza yang dilakukan oleh Khalid Al-Walid
7. Penduduk Taif menyerah diri kepada Rasulullah
8. Tariq bin Ziyad membuka Andalusia
9. Kepimpinan Sultan Quttuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut
10. Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Russia dalam peperangan  Yakhliz.
11. Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Rmadhan 1973)

Sunday 7 August 2011

Tazkirah : Tetamu Allah di bulan Mulia


DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala Nabi dan Rasul. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana pernah diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa kepada Allah.”

Ayat ini jelas bahawa matlamat terpenting daripada ibadah puasa bukan sahaja semata-mata ibadat, tetapi termasuk jugalah mentarbiyahkan diri seseorang yang beriman supaya menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT takwa merupakan penentuan kedudukan martabat manusia di sisi Allah SWT, kerana Allah SWT tidak menentukan kedudukan manusia berdasarkan kepada keturunan,bangsa, warna kulit, pangkat dan harta benda tetapi ditentukan dengan sifat takwa yang ada pada diri masing-masing.
Walaupun kita seorang kaya ataupun kita miskin, sama ada kita orang berkuasa atau tidak berkuasa, ia bukan ukuran kedudukan kita di sisi Allah SWT.

Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT didalam al-Quran, “sungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. “

Ibadah puasa melahir dan mentarbiyah seseorang yang beriman supaya menjadi orangorang yang bertakwa kepada- Nya, kerana di bulan Ramadan amalan meninggalkan perkaraperkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa adalah secara praktikal, melatih seseorang itu bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah dan meninggal segala larangan-Nya.

Dari segi amalan yang zahir, seseorang yang berpuasa diwajibkan meninggalkan makan minum, meninggalkan pergaulan dengan isteri,
meninggalkan apa yang dihalalkan pada masa yang lain, dan menjadi sebahagian naluri manusia yang bertakwa. Tetapi perkara yang menjadi perintah supaya meninggalkannya di waktu siang hari di bulan Ramadan.

Apabila seseorang manusia itu sanggup meninggalkan perkara yang dihalalkan oleh Allah di masa yang lain sematamata kerana taat kepada Allah, dengan mengerjakan ibadah puasa dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan, dengan sendirinya melatih dirinya menjadi orang-orang yang taat dengan sifat takwa kepada Allah Taala.

Sesungguhnya dari segi rohani dan hak orang yang berpuasa mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT keikhlasan melalui ibadah puasa lebih terserlah daripada ibadahibadah yang lain kerana ibadat puasa wajib disembunyikan dan tidak dinyatakan. Ibadat yang lain lebih bersifat dinyatakan.

Orang nampak kita bersembahyang, tetapi orang tidak nampak kita berpuasa, semasa kita tidak makan, tetapi seorang yang berpuasa sanggup meninggalkan perkara yang membatalkan puasa sama ada dilihat oleh orang atau tidak. Di sini menyerlahkan keikhlasan, beribadat kepada Allah yang melahirkan sifat takwa, yang tersirat di dalam hati, bukan dari amalan-amalan yang zahir.

Di antara adab puasa juga ialah meninggalkan perkaraperkara yang boleh membatalkan pahala walaupun tidak membatalkan puasa, melihat yang haram, bercakap yang haram dan sebagainya yang merupakan tegahan-tegahan yang baik yang berkait dengan akhlak yang buruk yang tersirat di dalam hati. Dengan melaksanakan kewajipan ini juga, melahirkan sifat takwa kepada Allah.

Seterusnya di bulan Ramadan, kita dihidangkan dengan amalan ibadat sunat yang banyak seperti membaca Quran, sembahyang Tarawih, menjamu berbuka puasa, bersedekah makanan kepada orang yang berbuka puasa, amalan-amalan ini juga adalah amalan-amalan yang
membentuk peribadi samada yang menghubungkan kita dengan Allah atau hubungan kita dengan sesama manusia, keluarga dan jiran.

Menunjukkan bahawa di bulan mulia ini kita menjadi tetamu Allah SWT dihidangkan dengan makanan-makanan, bukan sahaja makanan zahir yang menyihatkan badan untuk menguatkan diri melaksanakan perintah Allah, dalam masa yang sama makanan-makanan rohani yang membersihkan jiwa dan mengikhlaskan hati sehingga membentuk menjadi orangorang yang bertakwa kepada Allah.

Disinilah terserlah kenyataan Allah, dihujung ayat yang menyatakan wajib berpuasa, supaya kamu menjadi orangorang yang bertakwa kepada Allah. Wallahu A’lam.

Thursday 4 August 2011

Bulan yang penuh keberkatan ini banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai manusia. Banyak perkara yang boleh kita belajar. Pada siang hari kita semua berpuasa, menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari, itulah yang dilakukan setiap yang beriman selama sebulan

"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa"
( Surah al Baqarah : 183)


" Pada bulan Ramadhan diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa"
(Surah al Baqarah : 185)


"Demi Allah yang jiwaku dalam gengamanNya, bahawa bau mulut orang berpuasan adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu dilakukan kerana Aku, dan Akulah yang akan memberi balasannya sendiri"
(al-Hadith)

"Diasakan Islam atas lima dasar itiu mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat , berpuasa pada bulan Ramadhan"
(al-Hadith )


"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu,"
(al-Hadith)



Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlulah berusaha kearah mendapat keredaan Nya. Tetapi berapa ramaikah antara kita mengharapkan keberkatan ini sanggup berusaha mendapatkannya.