Perjuangan untuk menegak kebenaran memang sukar. tetapi ingatlah yang sebenarnya kebenaran itu ibarat air sungai yang mengalir, sungguhpun disekat dia tetap akan mengalir dengan tenangnya. Begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan oleh pejuang anak Agama dan bangsa ini. Kita tidak mahu lagi rakyat diperkotak katikkan oleh pemimpuin yang amat kejam ini. Pemimpin ini harus digulingkan dengan apa jua sekalipun, pilihanraya akan datang perlu untuk kita semua turun menentang yang membawa keburukan kepada negara. Baru-baru ini Bersih 2.0 telah menunjukkan purubahan yang besar kepada negara ini. Ramai yang turun untuk bersama-sama pemimpin Bersih melaungkan "Bersih, Bersih, Allahuakbar" untuk menolak kemungkaran. Ini memberi kesan yang sungguh mendalam kepada Pemimpin Kerajaan. Mereka (pemimpin kerajaan) tidak senang duduk dengan gelombang perubahan yang sungguh menakjubkan ini. Biarpun PDRM menentang sekeras-kerasnya dengan menembak peserta dengan gas pemedih mata dan water cannon, mereka terus berarak tanpa rasa takut. Inilah "Pejuang Bangsa" yang sebenar!
Penulis bersama-sama kalian untuk terus menentang kejahatan. Ini adalah rakyat, kuasa bukan ditangan mereka (pemimpin jahat) tetapi kuasa ditangan rakyat. Rakyat lah penentu kecemerlangan sesebuah negara bangsa dan agama. Tidak mungkin mereka (pemimpin biadap) akan terus bertahan kerana tidak ada sebuah kerajaan di dunia ini akan terus bertahan sampai bila-bila pun. Kerajaan teragung Islam pun runtuh, inikan kerajaan haprak macam sedemikian. tidak mungkin. Penulis menggesa setiap penggerak perjuangan ini menunjukkan perilaku yang baik sebab ini akan membuktikan kita semua seorang insan yang maju dan bersopan. Tidak seperti konco-konco kerajaan yang biadap seperti angjing-anjing yang keji ini. Ini adalah salah satu cabaran yang perlu di tentang habis-habisan. Insyaallah!
Janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah tetapi takutlah kamu pada Allah dalam urusan manusia. Jadi tidak mungkin pejuang ini akan berasa gentar dengan perilaku jahat ini, tetapi merekalah(anjing upahan) yang akan terus lari dari bayangan sendiri. buatlah apa yang diperlukan, tetapi penulis dan pejuang ini tidak akan berganjak. Ingat apa yang mereka lakukan, bayangkanlah kalau Rakyat ada kuasa tangkap dan belasah Anjing2 nih, sudah tentu mereka akan merayu menyembah sambil berkata, "tolong la saya, saya ada anak bini di rumah.... saya ikut arahan saja.."Samalah juga dengan rakyat!!!! Rakyat pun ada anak bini juga! Bukan setakat dipukul, malah ditipu kerajaan berdekad dah!!!!
Tidak lupa juga kepada rakan kita yang telah meninggal dunia dalam menegakkan keadilan ini. Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ni, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah semalam. Semoga roh beliau di cucuri rahmat. Insyaallah!!
No comments:
Post a Comment