Saturday, 23 July 2011

Malaysia Vs Singapura

Malaysia turun menentang Singapura sebentar tadi menyaksikan pasukan kebangsaan tewas 5-3. Setelah ketinggalan 4-1 di separuh masa pertama, Malaysia terus bangkit merapatkan jurtang perbezaann sehingga 4-3. Bagaimanapun pasukan negara terpakasa akur dengan kelincahan pemain importnya dengan jaringa ke 5.

Pada separuh masa pertama, pasukan Malaysia agak kekok apabila terpaksa bermain di padang buatan, walaupun mereka dapat menghasilkan gol pertama dalam 20 saat permainan, tetapi momentum tergendala. Gol tersebut telah dijaringkan oleh Safie Sali. Singapura tampak bersemangat walaupun mereka ketinggalan hasil jaringan tersebut.

Selepas beberapa minit, mereka memulakan kenduri gol. pertahanan Malaysia perlu lebih tenang dan matang. Perkara ini harus di perbetulkan dengan teliti kerana selepas tiga perlawanan, pertahanan negara telah melepaskan 15 gol. Apakah ini satu kesalahan penjaga gol?

Separuh masa kedua. Malaysia memulakan persembahan yang agak kemas, tetapi sedikit terkandas dengan keputusan pengadil perlawanan dari Bahrain yang telah melayang kad merah kepada Syafiq. Selepas beberapa minit, pertahanan Singapura pula dilayangkan kad merah diatas kekasaran terhadap Kunalan.

Malaysia berjaya mendapat gol daripada hantaran lintang yang berjaya disambut oleh Hadi Yahya. Selepas itu gol kedua menyusul daripada rembatan kencang dari penyerang berbisa negara iaitu Safie Sali. Selepas ketinggalan 4-3, pasukan negara terus mengasak singapura. Tetapi nasib tidak menyebelahi dan pertahan negara melepaskan gol mudah hasil daripada rembatan kaki kiri penyerangnya.

Sebagai ulasan perlawanan ini. Malaysia sepenuhnya hilang dengan formasi 4-5-1 yang digunakan oleh Dato K Rajagopal pada separuh masa pertama. Formasi ini boleh digunakan tetapi perlu memperbanyakkan latihan dan ianya perlu digunakan dalam perlawanan-perlawanan persahabatan sahaja. Tetapi pertahanan negara mesti belajar dari kesilapan, penyokong negara tidak mahu perkara sama berulang. Harap dapat memperbaiki  pada masa hadapan.

Akhir kata, saya berbangga dengan pasukan Malaysia pada malam ini kerana mempersembahkan permainan yang cukup baik. harap dapat mengatasi defisit 2 gol di Bukit Jalil 28hb nanti. Bersedia dan bersama-sama ke Bukit Jalil untuk menyemarakkan lagi kekuatan Harimau Malaya. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment