Monday, 25 July 2011

Sistem Biometrik : Muslihat Besar

Apakah ini suatu muslihat?DS Najib telah mengumumkan bahawa pihak SPR akan menggunakan sistem biometrik pada PRU 13 akan datang. Sehubungan dengan itu, ramai pihak yang bersetuju dengan sistem tersebut dan ramai juga pihak termasuk MSO mempertikai dengan sistem yang akan dijalankan poleh PM Malaysia.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat (PR) tidak akan bersetuju dengan sistem tersebut, ini kerana kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana ia tidak menjamin elemen satu orang satu undi pada waktu pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku, semalam.

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak pembangkang kerana kalau dilihat pada sistem ini, server akan mendapat keuntungan yang lebih. Sebagai contoh, penulis amat menyukai permainan dalam komputer termasuk Counter Strike (CS). Dalam permainan ini, ramai peserta akan berebut untuk menjadi server, ini kerana seseorang server itu akan dapat kelebihan untuk buat cheat code. Apabila server dapat buat cheat code, dalam game itu server berupaya mendapat duit lebih, jadikan lawan seekor ayam, aim tepat dan banyak lagi kelebihan.

Dalam situasi ini, apabila kerajaan mendapat kekuatan untuk menjadi server, kemungkinan besar mereka meletakkan ramai pengundi yang boleh mengundi banyak kali di beberapa tempat. Contohnya, penulis boleh mengundi di Dun Permaisuri, Dun Jabi dan juga Dun Langkap. Jadi?jadi sistem itu perlu untuk tidak dijalankan. Itulah dapat kita gambarkan bagaimana kerajaan memperdayakan pihak pembangkang dan juga rakyat.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil walaupun sistem ini tidak berlaku di negara-negara maju.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Dalam situasi yang sama, banyak company di Malaysia menjalankan sistem biometrik di pejabat mereka. Mereka yang menjadi server dalam sistem ini berupaya mengubah waktu dan masa bertugas. 

Mereka berupaya mengubah masa masuk waktu pejabat dan over time. Sebagai contoh, penulis datang lewat semasa kerja, tapi penulis mengubah waktu masuk ke pejabat awal dan keluar lewat. Penulis akan mendapatkan OT walaupun penulis keluar awal.

Inilah yang perlu dielakkan kerana kerajaan ini tidak boleh dipercayai. Sudah berdekad rakyat tertipu. Banyak dah isu-isu yang mereka tinggal kan begitu sahaja seperti kehilangan enjin jet negara beberapa tahun lepas. Apakah kesudahan kes tersebut? Macam mana pembunuh dapat kebenaran mendapatkan C4 untuk membunuh wanita Mongolia? Apakah isu IPP yang bertahun dahulu sudah selesai?

PR perlu bertegas yang sistem buruk ini tidak dijalankan. Ini untuk masa depan rakyat dan masa depan negara juga. Jika dibiarkan, negara ini boleh diibaratkan sebagai neraka dunia.  




No comments:

Post a Comment