Undang-undang Malaysia dalam Akta 30 iaitu AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 iaitu suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbirkan Universiti dan Kolej Universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.
Akta ini lah yang memeruk fikiran anak-anak muda universiti dan kolej sekarang. Apa tidaknya, mereka hanya perlu menghadap buku sepenuhnya sehinggakan mereka iaitu untuk pelajar dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor. Tidak mungkin pelajar ini dapat berhubung dengan pihak luar dan tahu situasi semasa negara. Kejam dan terlalu menngongkong setelah apa yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang.
May tahun lalu, empat orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dikenakan tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) oleh kerana didakwa berkempen pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor. Adakah mereka ini hanya seekor badut? Tidak boleh kemana-mana selain Kampus? Mustahil bagi mereka ini tidak akan berjaya suatu hari nanti. Apa tidaknya, tengoklah pemimpin bangsa sekarang, apa yang boleh mereka lakukan untuk anak bangsa? Mereka hanya mamapu menipu rakyat dengan sedekat lalu untuk memuaskan nafsu buas mereka sahaja. Umpama Gunting Dalam Lipatan. Pendedahan awal inilah pemacu masa hadapan. Insyaallah!!
Adakah kerajaan terdesak atas kes ini? keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang - undang kepala bapak dia. Kenapa perlu AUKU ini? Ini pastinya menindas hak dan kebebasan bersuara mahasiswa. Negara demokrasi konon, Seksyen 15(5)(a) dalam AUKU dengan jelas telah melanggar berberapa peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 10 dimana rakyat Malaysia dijamin mempunyai kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan serta Artikel 119(a) yang menjamin hak rakyat Malaysia atas 21 tahun untuk mengundi. Apakah ini semua? Mereka yang bodoh dan tidak tahu apa-apa sahaja akan terus sujud dan taksub pada pemerintah yang penipu ini.
No comments:
Post a Comment