Kedaifan Naib Ceselor UiTM Sahol Hamid Abu Bakar terserlah apabila mereka mengeluarkan pengakuan yang merendahkan lagi kediabilitinya sebagai seorang ketua di institusi pendidikan tinggi. Hal ini menyebabkan orang ramai keliru dengan pengakuan tersebut dan ini akan membuatkan orang ramai menyampah dengan kata-kata tersebut.

"Beliau mencadangkan supaya anugerah ini diberikan setiap kali konvokesyen kecuali jika tiada calon yang layak.
Turut dilampirkan bersama dengan pekeliling itu adalah garis panduan Anugerah Ibrahim Ali dan borang pencalonnya.
Sahol Hamid juga meminta maklumat berhubung perkara itu disebarkan kepada para pelajar dan borang pencalonan yang telah diisi dengan lengkap dihantar kepada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) sebelum 1 Julai.
Tetapi Sahol telah menyatakan dalam laman facebooknya bahawa Anugerah ini perlu mendapat perkenan daripada senat. "Senat ada 60 professor, dekan dan rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independen di UiTM,"
“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” katanya lagi.
Ini membuktikan bahawa Sahol telah melakukan perkara yang menjejaskan kehebatannya sebagai naib canselor universiti terkenal di Malaysia. Hal ini juga membuktikan Sahol dipilih bukan atas dasar kecemerlangan beliau dalam akademik tetapi atas dasar politik. politik membuatkan beliau menjadi hanyut ditelan pengaruh politik semasa.
Tidak cukup kah 60 kepala professor, dekan dan rektor untuk mendapat rujukan yang Anugerah itu tidak perlu ataupun beliau ni memang sengaja menjalankan tugas yang diberikan oleh Ibrahim dan mendapat sesuatu daripada itu? Tidak mustahil kerana kalau difikirakan kembali, apakah seluruh professor di UITM tu lemah-lemah semuanya?
Apakah Uitm tidak ada Professor yang lagi bijak untuk memberi Anugerah kepada pelaja-pelajarnya?Kenapa perlu Ibrahim Ali yang melompat-lompat ini? Alahai sedihnya melihat universiti penulis sendiri diperkotakkatikkan oleh pengurusan yang bijak ini. Dalam tidak langsung ini menyebabkan martabat universiti tersebut diperlekehkan.
Mungkin ramai yang menyokong Anugerah ini perlu diteruskan, tetapi bagi penulis adalah tidak. Anugerah ini juga dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM perlu kerana ini menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka.
"Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara,
satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.
satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.
"Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).
"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya.
"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya.
Perkara ini perlu diteliti dengan lebih berkesan untuk melahirkan generai yang bijak pandai. Tidak kepada pemimpin yang mahukan harat dan nama tetapi kepada yang cintakan martabat negara termasuk universiti itu sendiri. Malulah kepada pemimpin luar dan malulah dengan cendiakawan yang telah lahir dari universiti tersebut.
No comments:
Post a Comment