Sarang tebuan jangan dijolok, nanti buruk padahnya. Itu lah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan pemimpin kita sekarang. Mereka cuba menyerang Pakatan Rakyat (PR) dengan tipu helah berdasarkan tajuk Bersih 2.0 baru-baru ni. Mereka tidak sedar yang mereka akan tumbang esok, kalau mereka tahu pasti mereka ini tidak mencari nahas. Kepada yang bangkang kerajaan, bersabarlah wahai rakyat.
Banyak perkara yang kerajaan cuba cetuskan untuk mengelak daripada tertangkap dan mereka terus menuding jari terhadap pembangkang berkaitan perhimpunan Bersih baru-baru ini. Mereka(kerajaan) sudah hilang tumpuan sehinggakan sanggup melakukan perkara diluar batasan walaupun perkara itu terang-terangan berpihak kepada peserta perhimpunan. Adakah mereka (kerajaan) sudah hilang idea untuk menahan atau mereka sudah tiada sengat berbisa?
Ini kerana baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini meminta polis menyegerakan siasatan rakaman video untuk mempertahankan tindakan kasar agensi itu terhadap orang awam ketika perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Tambahan beliau lagi, pembangkang cuba memburuk-burukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas bagi menlawan puak-puak perhimpunan Bersih 2.0.
Adakah beliau bercakap tanpa lihat apa-apa? Perkara sebenar sudah terpampar di mana-mana termasuk YOUTUBE dan bloggers. Mana mungkin Beliau tidak tahu menahu hal ini atau saja-saja buat tidak tahu? Kasihan dan memang kasihan jika mereka ini buat-buat tidak tahu kerana dengan sikap mereka ini akan tergadai maruahnya dan kuasa memegang kerajaan pasti akan terlepas kepada pembangkang.
Penulis yakin bahawa rakyat yang berada di sekitar Kuala Lumpur tahu akan cerita sebenar. Cuma yang belum pasti ialah rakyat yang berada diluar bandar Kuala Lumpur. Ramai diantara mereka tidak tahu hal sebenar teutamanya yang berada di luar bandar. Rakyat ini kan terus hanyut di perbodohkan oleh pihak kerajaan dan di perkotak katikkan dengan mudah sekali.
Kerajaan cuba memburukkan pembangkang melalui media tempatan pasal perkara ini ialah untuk rakyat yang berada di luar bandar. Mereka pasti akan percaya cerita yang direka-reka oleh kerajaan ini dan jika rakyat hanya tertumpu media-media Barisan Nasional sahaja, pasti BN akan terus bernafsu untuk menipu rakyat sehingga berdekad-dekat lamanya.
Oleh itu, setiap rakyat yang sedar ini harus melakukan apa sahaja untuk mendekatkan orang ramai yang hilang tumpuan ini kearah yang lebih baik. Semoga perjuangan anda semua diberkati oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment