Friday 9 September 2011

Fahaman Komunis atau Pejuang Kemerdekaan?

Hari ini saya terbaca buku yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004. Buku ini berjudul Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke rejimen ke 10. Buku ini mengandungi 142 halaman bercetak dan menceritakan kisah-kisah kehidupan Shamsiah Fakeh. 

Saya ingin menyuntik sedikit fakta yang terkandung dalam buku ini. Kepada mereka yang masih samar-samar tentang perjuangan Shamsiah Fakeh dan rakan beliau, bacalah kerana sesungguhnya pembacaan itu jambatan ilmu. Jangan menuduh orang yang memperjuangkan kemerdekaan itu bersikap zalim kerana mereka ini lah sebenarnya tunggak kemerdekaan sebenar.

Penilaian Terhadap Orang Melayu yang berjuang dalam Hutan (MS 63)

       Seorang tokoh vateran UMNO, Tan Sri Datuk Abdul Samad Idrisdalam bukunya 25 Tahun Merdeka cetakan 1982, halaman 253 menulis, "Pemberotakan yang dilakukan oleh orang Melayu di Jenderam, Selangor dan di Temerloh, Pahang serta lain-lain tempat dimana mereka telah menyekutukan diri dengan pengganas Komunis di dalam hutan janganlah dianggap kerana fahaman Komunis mereka masih tebal. Dari penelitian sejarah amatlah jelas bahawa meraka adalah tokoh-tokoh kebangsaan Melayu yang tulen. Mereka memilih jalan hanya dengan pemberotakan sahaja untuk mencapai Kemerdekaan." Tan Sri Abdul Samad Idris adalah seorang anti Komunis. Meskipun begitu beliau mempunyai pandangan yang jauh dan bersikap terbuka iaitu berani mengakui sejarah tanah air. Beliau menyokong kuat hasrat aku untuk pulang ke tanah air setelah berita itu disiarkan di akhbar. Beliaulah satu-satunya tokoh UMNO yang bersikap positif dan terbuka. Beliau menyatakan lagi dalam bukunya itu di halaman 252 "satu sebablain yang memaksa inggeris mengalah kepada UMNO ialah adanya pemberotakan bersenjata dicetuskan oleh Komunis di hutan-hutan".

       Tan Sri Samad Idris adalah satu-satunya tokoh vateran UMNO yang berani mengakui fakta-fakta sebenar sejarah tanah air kita.........

Dari petikan buku ini menunjukkan bahawa UMNO sekarang takut untuk mentabalkan orang lain sebagai pejuang kemerdekaan. Mereka hanya ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang merekalah sahaja pencetus kemerdekaan negara.

Padahal dahulunya vateran UMNO sendiri mengakui nya. Pihak kerajaan yang bersikap kebudak-budakkan ini terserlah dengan kenyataan memutar belitkan keadaan sebenar.

Rakyat Malaysia bukan lah ingin menuruti fahaman Komunis ini, kita semua mahukan kisah sebenar kerana kisah sejarah negara inilah sebagai pembetukan negara yang tulus dan berjaya.

Kenapa mereka perlu memesongkan perkara sebenar?Apakah dengan ini mereka akan terus disanjung?Mustahil untuk semua rakyat akan menerima penipuan ini. Bukalah cerita sebenar untuk rakyat tanah melayu yang dulunya. 

No comments:

Post a Comment